KLIK tanda support k.......

Sunday, August 29, 2010

FAKTA ATAU AUTA..........

Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan
kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling
dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius
akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan
asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat,
seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan
keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter
tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat
memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta
tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar
dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang
budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun
lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama
daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar
besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik
butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.
Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan
memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan
tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah
keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat
atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah
hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun
disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung,
api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang
wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi
ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas
yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat
untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja
oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. :-)
hehehehe!!!! !

2 comments: